'Ummah Centric' dari perspektifku...

Semalam aku dihujani lagi dengan kalam yang menyakitkan hati dan minda.
Kali ini:
Aku taksub dengan JIM.

Aku tersengih sarcastic dan langsung menafikan. Aku taksub dengan JIM?!
Wahai kawan-kawan, sahabat handai dan rakan seperjuangan yang mengenaliku lebih dari seminggu, adakah aku sebenarnya taksub dengan mana-mana NGO atau kerajaan???

Memang aku rasa aku tak perlu bergaduh bab ummah centric ni. Apa yang aku utarakan bukannya "haram wujudnya pelbagai badan-badan berlainan dalam Islam", kerana aku bukannya ulama' yang boleh memberi fatwa. Yang aku tegaskan ialah kita orang Islam patut berusaha untuk bersatu dan bekerjasama, walaupun di bawah banner yang berlainan. Selagi mana kita boleh berjalan seiringan, lakukan. Bukannya gaduh sana- gaduh sini- dan mengumpamakan berda'wah dengan pihak yang lain sama dengan kes membersihkan najis - "kalau kita nak bersihkan najis, mana boleh kita bersekongkol dengan najis, nanti dengan kita-kita sekali kotor".

Wujud rupanya perspektif sebegini.
Dan aku memang tak boleh berdiam diri melihat mereka yang berpotensi untuk meng-izzah-kan masa depan Islam dibiarkan dengan pemikiran sebegini rupa.
Jijik.

Walaubagaimanapun aku rasa beban ini tak sepatutnya aku pegang kerana ianya menimbulkan terlalu banyak fitnah. Semoga satu hari nanti dia akan bertemu dengan seorang lelaki yang akan mengubah pemikiran sempit itu.

Muslims Say: Muslims Unite!!!
Picture 1: Semaian Ukhuwwah II
KARISMA-International Malaysia @ Saff-Perdaus Singapore
Picture 2: WAMY Women's Camp 2006
ADNI Alumni Representatives @ WAMY camp participants

Comments

huh..tu yg paling geram skali..

sabar2 nihlah.. yg penting kita berada di jalan yg benar..

n 0rg2 yg mempunyai pemikiran mcm tu kne djelaskan perkara sebenar...biarkan begitu je pun x leh..tisk3..

dunia~~

Popular posts from this blog

Recipe: Air-fried Keropok Lekor

1 - 7 weeks

Happy Teachers Day!