aku adalah aku yang berjuang
Aku ketap bibir geram. Terasa electric current mengalir dalam saluran darahku, menjentik-jentik kedua belah tanganku yang luka-luka dek cuaca kering dan panas Jordan. Aku yang sensitif. Aku memang cukup menyampah dan rimas dengan kehadiran manusia yang cuba untuk mengubah rentak perjuanganku di atas muka bumi ini. Aku punya fokus yang lebih penting. Aku yang agresif. Hanya genggam tangan sehingga wujud bekas kuku jari-jariku yang kurang tajam. Cukup menumbuk dinding, almari dan cermin tandas sejak beberapa tahun yang lepas, walaupun belum puas. Aku yang masih berusaha mengawal sabar. Tanganku punya fungsi yang lebih baik dan penting dari itu.
Ampunilah daku ya Allah...
Excellerate my achievements in studies. Isnin lepas aku tiba di Bangkok International Airport untuk transit ke KLIA, Abah mengkhabarkan kejayaan abang-abangku dalam pelajaran mereka. Terutamanya Yusuf Johari yang baru aku kenali walaupun lama aku ketahui itu. Adikku Atiqah juga baru tamat final CAT exam, dan aku sangat pasti dia akan berjaya, insyaAllah. Aku tercabar. Aku kelip kelip mata biar mutiara yang bergenang di tebing kelopak mata kering 'ditelan' semula.
Aku perlu lebih banyak berusaha dan berdoa!
Rajin dan rajin dan rajin!
Sila ingatkan aku selalu! Terima kasih!
Aku juga punya amanah yang sangat penting. Da'wah dan tarbiyyah. Alhamdulillah dikurniakan rakan-rakan seperjuangan yang kuat, tabah, sabar dan tak kenal henti! Semoga aku jadi seperti mereka... Juga seperti sahabat-sahabat Rasulullah yang ku lawati maqam-maqam mereka semasa di bumi anbiya'. Aku banyak ketinggalan di belakang. Alhamdulillah masih ada yang menoleh dan mencapai tanganku untuk memimpin.
Ya Allah...
Terima kasih atas kehidupan ini
Kehidupan yang sarat dengan hikmah
- Nihlah 2338 02072006 -
[Semuanya penuh dengan hikmah yang tersirat, Tuhan jadikan untuk mendidik kita... Carilah keredhaanNya... Carilah keredhaanNya...]
p/s: maaf kerana bahasa melayuku amat teruk

Comments