On Your Mark!!!~ *bersedia utk Get set!~ dan Go!~*

2 Rejab 1427 @ 27 Julai 2006

Dengan study yang berpanjangan, kerja-kerja part time yang tak kenal henti, dan dugaan dan cabaran kehidupan yang sentiasa menguji, terasa macam baru je Ramadhan yang lepas berlalu... Tengok-tengok balik kalendar Hijrah, dah masuk Rejab 1427. Sekejap sangat. Tak sabar rasanya nak berjumpa dengan bulan yang paling best dalam hidup ni... bulan Ramadhan... tapi sedar diri ni masih terkulat-kulat dengan dunia... Leka, leka, dan leka sepanjang masa! Diri ini perlukan persiapan yang lebih mantap!

Jadi, sementara masih berada di pembuka bulan Rejab, saya ingin minta kerjasama semua yang berminat untuk forward e-mails berkaitan dengan bulan Rejab, Sya'ban & Ramadhan check semula kesahihan kandungan e-mail yang akan diforward... Ianya amat baik untuk anda dan untuk ummah seluruhnya, insyaAllah.

Selamat mempersiapkan diri untuk 'membentangkan' amalan-amalan kita di hadapan Allah pada hari Nisfu Sya'ban dan Selamat mempersiapkan diri untuk berjuang dengan penuh semangat di bulan yang mulia nanti!

Moga dapat bertemu semula...
Dengan bulan Ramadhan...
Bulan yang sangat mulia...
Bulan yang sangat ceria...
Moga aku lebih bersedia...
Bulan yang sangat dirindui...
Bulan yang dekat di hati...
Ya Allah...
Sampaikanlah...
Mohon dengan sangat...
Ya Allah...
Temukanlah...

Comments

Popular posts from this blog

Recipe: Air-fried Keropok Lekor

right person at the wrong time

Happy Teachers Day!