Kasut Sukan, Button Badges dan Keunikannya...
"Last-last jadi la Nihlah Kasut Sukan"
Saya langsung gelak terbahak-bahak dan hampir jatuh dari katil apabila membaca ayat itu di atas skrin laptop saya.
Bertambahlah trademark saya di Pusat Matrikulasi UIAM.
Saya berlari ke bilik komputer, mungkin 10-15 meter jarak dari katil saya dan menceritakan khabar lucu ini kepada adik saya Atiqah.
"Kesiannya awak," katanya ringkas sambil tersengih, masih menghadap PC yang menguji kesabarannya sejak saya balik dari KL Central tadi. Connection internet terlalu slow rungutnya. Tetapi wireless connection saya tidak bermasalah pula, alhamdulillah.
Beberapa semester lepas juga saya diberitahu tentang pandangan pelajar-pelajar Engineering di MCIIUM terhadap saya.
"Budak yang beg dia banyak badge tu kan"
Angguk dan (tahan) ketawa (walaupun tak jadi).
Button badges memang kegemaran saya. Eh? Sejak bila? Oh, sebenarnya bukan kegemaran atau untuk menghias beg, tapi untuk promote kepada rakan-rakan dan sesiapa yang nampak. Lain kali mungkin perlu letak nombor bilik sekali supaya orang tak salah faham dan mudah untuk beli.
Tapi saya pelik, kasut Bata hitam yang saya pakai ke kelas itu bukan kasut sukan. Tapi mungkin ada yang tersilap pandang kerana saya boleh berlari dengan selesa semasa memakainya. Biarlah, yang penting, saya punya kasut sukan yang lain, bukan yang itu.
Dan saya akan memakai kasut sukan itu ke Bali esok.
- Nihlah 2358 14072006 -
Hari ini hari lahir seorang Muslimah yang sangat saya sanjungi dan sayangi. Tetapi saya tidak perlu mengucapkan apa-apa kepadanya, saya hanya akan berdoa dan berdoa untukNya. Farah Firman, semoga kita bertemu lagi suatu hari nanti, kalau bukan di dunia ini pastikan di syurga nanti...

Comments
tapi all da time sy nampak awk, mmg awk pakai kasut sukan pun...sama ngan mujaed tu..tak bertukar2 kasut dia..huhu..
kasut sukan kan ada ke'unik'annya...