selangkah menuju kebebasan

hahaha...
sesungguhnya tajuk entri kali ni pasti mengundang bermacam-macam idea yang berlainan dari minda sidang pembaca sekalian.



sekarang dalam otak saya sendiri wujud tiga perkara yang berkaitan dengan kebebasan.

SATU (yang paling remeh dan selfish!)
saya berpeluang dan telah berjaya melarikan diri dari seorang kawan yang telah menjadi bayang-bayang saya di sekitar kuliyyah of engineering UIA bermula semester ini.. oh, sungguh bebas rasanya, walau hanya 3 jam seminggu (dan akan tambah lagi satu jam bermula minggu depan nsyaAllah)..
oops!! bukan apa.. saya langsung bukan hendak memburuk-burukkan orang lain.. masalahnya seringkali bayang-bayang ini ada kuasa magnet yang ingin menentukan langkah dan halatuju badan fizikal saya. kamu yang mengenali saya tentu tahu saya adalah seorang yang sudah biasa dan perlu bergerak dengan bebas! kerana
1- saya sedang berusaha untuk tidak menyusahkan orang lain,
2- saya seorang yg banyak berahsia walaupun saya tampak seperti orang yang kecoh dan banyak bercakap (saya tahu ramai orang penat dengar saya berborak-borak, betul tak?),
3- saya perlu belajar untuk berdiam diri kerana saya juga tidak suka dengar orang lain berceloteh sepanjang hari.

malangnya, selama 3 tahun saya menjadi warga Taman Ilmu dan Budi, saya telah dapat 3 (baca: tiga!) bayang-bayang.. oh, sungguh menyeksa jiwa dan raga.
eh, jangan silap faham. saya hargai semua kenalan-kenalan, kawan-kawan, sahabat handai dan rakan seperjuangan.. saya menulis ini untuk mereka yang mungkin akan terbaca tentang ini dan tidak akan berani (lagi) untuk menjadi bayang-bayang saya.. hoho~ sila beri kerjasama ye ^__^

DUA (sudah saya bicarakan dengan ringkas dalam entri lepas..)
kerajaan malaysia sungguh pengecut. saya berharap dan sangat berharap, memohon daripada Yang Maha Berkuasa Lagi Maha Mengetahui segala sesuatu- semoga setiap pengorbanan mereka yang menentang kezaliman di atas muka bumi ini dibalas dengan ganjaran yang sangat baik.. ameen ameen ameen...

TIGA (menyokong golongan yang takkan kalah!)
Beberapa hari yang lalu, adikku HAMAS mencecah usia 20 tahun. walaupun lebih muda beberapa bulan dariku, HAMAS lebih kenal erti nilai kehidupan, pengorbanan dan telah menyaksikan kekejaman yang belum sampai penghujungnya..
"HAMAS?" kamu tanya?
ianya satu sayap ikhwanul-muslimin yang memperjuangkan kebebasan Palestin dan Al-Aqsa. HAMAS dilahirkan bersama Intifadhah pertama pada 8 Disember 1987, dan kelahirannya diisytiharkan di seluruh Gaza dan Tebing Barat sehingga 15 Disember 1987. HAMAS telah membesar dengan matang dengan tekanan yang wujud di sekitar tempat kelahirannya - bumi anbiya' Falastin, dan pada tahun 2000 gelombang Intifadhah kedua telah tercetus. ketika itu saya masih bermain-main di junior high school dan langsung tidak ambil tahu tentang perjuangan pembebasan menentang Zionis laknatullah itu... T__T huhu.. 17 tahun saya telah hidup dengan hanya mementingkan diri sendiri.. kini saya berazam untuk berusaha dengan lebih gigih untuk menyertai mereka yang berusaha dan tidak pernah kenal henti memperjuangkan hak kebebasan di atas muka bumi ini..
Dan yang paling GEMPAK~ HAMAS telah berjaya menawan hati dan kepercayaan majoriti rakyat Palestin pada usia 18+ tahun pada awal tahun 2006! MasyaAllah.. Tapi dengan kemenangan politik itu HAMAS semakin digeruni oleh musuh-musuh Islam. Macam-macam usaha telah dilakukan untuk melumpuhkan HAMAS namun HAMAS tetap berdiri teguh dengan izin Allah.. Allahu Akbar! Tetaplah al-Haqq pasti menang~
nak tahu lebih lanjut? arahan: belilah buku HAMAS tulisan Ust Maszlee Malik dan juga dapatkan semua keluaran Siri Pembebasan Al-Aqsa yang juga ditulis oleh Dr. Hafidzi Mohd Noor. oh, buku kecil Intifadhah Pertama juga dalam proses pembikinan, (ada orang comel tgh lukiskan cartoon ^__^) nsyaAllah..
alamak.. saya harap SB tak reti baca blog XP huhuhu..


"Sebaik-baik jihad adalah kata-kata (yang menyeru) kepada kebenaran di hadapan pemimpin yang zalim"

Hadith riwayat Tarmizi & Abu Daud

Comments

Popular posts from this blog

Recipe: Air-fried Keropok Lekor

1 - 7 weeks

Happy Teachers Day!