dicampak ke sana ke sini.........?

Kamu pernah kena campak?

Dari satu tempat yang jarum masanya bergerak lambat
juga melambatkan segala yang berada di dalam tempat itu...
Ke satu lagi tempat yang jarum masanya bergerak laju
sangat laju sehingga banyak yang ketinggalan...
Dan kemudian ke satu lagi tempat
yang kamu belum lagi tahu rentak masanya...

Kalaulah dibandingkan dengan amal jama'ie yang mana kamu nampak segala hikmah dalam 'dihantar' ke sana sini atau 'diarah' membuat itu dan ini, yang mana kalau kamu tidak nampak dengan jelas hikmahnya pun, kamu buat-buat seperti nampak kerana kamu percaya dengan jiwa-jiwa di sekeliling kamu...

Tapi situasi ini sangat memenatkan dan mengikis tembok kesabaran. Dari satu kelas Calculus yang terlalu ramai student, berpindah ke lagi satu kelas yang juga sgt ramai student, dan kini lagi satu kelas yang belum tahu berapa ramai student.
Yang membencikan ialah penolakan dari satu section ke satu section ini menyebabkan saya ketinggalan (yang sangat drastik) dalam pembelajaran. Section baru dah masuk Assignment 3 dan Quiz 1, padahal section lama saya baru submit Assignment 1 dan belum lagi ada Assignment baru ataupun Quiz!
Dan akibat kedua ialah jadual kelas saya tidak teratur. Esok adalah hari akhir utk minggu ketiga semester ini, dan saya belum pasti sama ada saya perlu mengorbankan satu jam yang tidak strategik pada hari Jumaat.
It will all depend on the tutor(s)...
Dan semestinya rezeki itu semuanya dari Allah...

Bersyukurlah, sekurang-kurangnya masih boleh belajar dalam menghadapi administrative problem ni... bukannye masalah-masalah yg lebih besar...

Sekarang,
saya hanya mampu berdoa dan berharap
semoga lecturer baru ni adalah yg paling baik buat saya belajar Calculus II
dan tutorial class yg saya dapat adalah yg paling baik dan sesuai dalam weekly schedule saya...

semoga dikurniakan
kesabaran yang panjang...
hati yang tenang...
masa yang berkualiti...
dan akal yg sangat bagus utk pick-up everything yg ketinggalan...

huhu...
FAITING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Comments

Abu Khalid said…
Sekurang-kurangnya bersyukurlah kerana 'andi' berpeluang belajar Calculus... :j
Anonymous said…
Tahu tak siapa lecturer calculus saya?

Dr. Rahil. Apa yang saya faham hanyalah tulisannya. Slang dia hurmm..... Susah nak cakap.
NJ said…
to hussaini:
hmm.. did i spell anything wrong? ^__^ bersyukur lah..

to azree:
hehe... sbb tu ana bersyukur jugak dpt keluar dr class dr. raheel tu. slalu blur huhu.. harap2 dr. ghareeb ok.. (moderate antara dr. raheel & dr. jamal)

Popular posts from this blog

Recipe: Air-fried Keropok Lekor

right person at the wrong time

Happy Teachers Day!