Riding For Life...
Tiba-tiba saya teringat yang saya masih belum bercerita tentang horseback riding...
Antara sukan yang saya sangat hargai adalah menunggang kuda. Saya belajar menungang kuda sejak berusia 14 atau 15 tahun... Erm... Saya tak berapa ingat... Tetapi saya hanya menunggang seminggu sekali buat seketika, dan akan berhenti buat seketika juga, mungkin dalam beberapa bulan, dan meneruskan semua sukan yang sangat menyeronokkan ini. Jadi, riding skills saya tidaklah begitu baik kerana tidak istiqamah.
Ada rakan saya tertanya-tanya kenapa riding memenatkan (kerana saya sering tidur awal jika petang itu saya menunggang kuda) sedangkan saya hanya menunggang kuda, bukannya kuda yang menunggang saya. Saya mengukir senyum lebar menampakkan barisan gigi saya yang sudah tidak berbesi ketika itu. Ya, hanya ketika itu, kerana saya hanya boleh membuka retainer saya selama tiga hari. Jika lebih dari itu, gusi saya akan terasa sakit yang teramat sangat.
Untuk pengetahuan semua, menunggang kuda adalah lebih memenatkan dari bersungguh-sungguh melakukan tiga pattern black belt 1st dan ITF berturut-turut (Kwang Gae, Po Eun dan Ge Baek).

Riding requires you to use
all main parts of your physical body.
Head, eyes, neck, shoulders, elbows, wrists, fingers, chest, upper back, lower back, trunk, hips, knees, betis (this is BM), heels and toes. And of course your breathing too.
Head, eyes, neck, shoulders, elbows, wrists, fingers, chest, upper back, lower back, trunk, hips, knees, betis (this is BM), heels and toes. And of course your breathing too.
If you know any other sports that require more synchronization than horseback riding, please tell me.
Dan yang lebih mencabar, anda bukan saja perlu mengatur pergerakan setiap anggota tubuh badan anda yang saya sebutkan di atas, tetapi juga perlu memastikan bahawa pergerakan anda betul dan arahan anda difahami oleh kuda yang ditunggang.
Kuda juga seperti manusia, punya pelbagai perangai dan ragam. Ada yang baik dan sentiasa akur, ada yang ceria dan sentiasa bersemangat, ada yang penakut, ada yang cepat mengamuk, ada yang sombong dan angkuh, dan ada yang suka membuli juga!
Do you know how horses bully riders?
Easy. They tell you that they're the boss by not following your orders and doing what they want instead.
Dan seperti TaeKwon-Do, horseback riding juga boleh dikatakan sebagai addiction.
Saya pernah jatuh kuda sekali. Paling sedikit diantara adik-beradik saya yang belajar menunggang kuda. Adik saya Atiqah seringkali jatuh dari kuda, mungkin sudah berbelas kali.
Kesakitan apabila sudah terjatuh dari kuda yang lebih tinggi dari saya itu (mungkin 2 meter) memanglah amat menyakitkan. Tetapi pada saya sebagai rider, pengalaman jatuh dari kuda itu adalah sangat penting, walaupun sekali.
Kenapa saya terjatuh dari kuda?
Kerana kuda di belakang saya yang ditunggang oleh rider lain telah melompat ke depan kerana takutkan satu beg plastik yang sedang terbang di udara ditiup angin, mengejutkan kuda yang saya tunggang dari khusyuk mematuhi arahan penunggangnya.
Ya, kuda sangat cepat terkejut dan penakut.
Who would expect that tough-looking, handsome creature is actually a real freak?
Begitu jugalah manusia... Tak semestinya seseorang yang tampak ceria dan bersemangat itu tidak punya masalah peribadi yang sangat memeritkan.
Tempat pergantungan hanyalah pada Allah Yang Satu, Yang Maha Berkuasa ke atas segala-galanya, Yang Sentiasa Melihat, Yang Mengetahui setiap sesuatu dan Yang Sentiasa Memenuhi keperluan hamba-hambaNya.
Semoga sentiasa tabah menghadapi kenyataan yang masih belum pasti.
Comments