dicampak ke sana ke sini.........?
Kamu pernah kena campak? Dari satu tempat yang jarum masanya bergerak lambat juga melambatkan segala yang berada di dalam tempat itu... Ke satu lagi tempat yang jarum masanya bergerak laju sangat laju sehingga banyak yang ketinggalan... Dan kemudian ke satu lagi tempat yang kamu belum lagi tahu rentak masanya... Kalaulah dibandingkan dengan amal jama'ie yang mana kamu nampak segala hikmah dalam 'dihantar' ke sana sini atau 'diarah' membuat itu dan ini, yang mana kalau kamu tidak nampak dengan jelas hikmahnya pun, kamu buat-buat seperti nampak kerana kamu percaya dengan jiwa-jiwa di sekeliling kamu... Tapi situasi ini sangat memenatkan dan mengikis tembok kesabaran. Dari satu kelas Calculus yang terlalu ramai student, berpindah ke lagi satu kelas yang juga sgt ramai student, dan kini lagi satu kelas yang belum tahu berapa ramai student. Yang membencikan ialah penolakan dari satu section ke satu section ini menyebabkan saya ketinggalan (yang sangat drastik) dalam pemb...