Peluru Peringatan





20th May 2006

Assalamu’alaikum…

Subhanallah… Bertubi-tubi peluru peringatan dilepaskan dan terkena tepat pada saraf-saraf otak ana yang kurang berfungsi. Hidup di Jordan ni boleh dikatakan hibernating tahap tak boleh dimaafkan. Sepanjang masa hanya terfikirkan ’tekanan’ darjat peningkatan belajar bahasa arab yang masih amat tidak memuaskan.

Namun segala puji bagi Allah yang sentiasa mengingatkan hamba-hambaNya yang sering leka dan alpa dengan dunia, wujudnya seorang rakan baru yang sering mengingatkan bahawa diri ini pastinya akan kembali kepada Allah tanpa mengira masa dan usia. Walaupun sebenarnya cara penyampaiannya cukup menguji kesabaran, peringatan inilah antara nasihat yang paling berharga buatku.
Tapi aku pelik pada mereka yang terlalu ingin berkongsi ilmu dengan orang lain, sehinggakan dilayannya orang yang mendengar seperti orang yang amat nipis dan tipis ilmunya. Tapi diri sendiri tertanya-tanya juga, ”begitukah aku satu ketika dulu? Pernah dibenci dan dimaki oleh mereka yang tidak sefikrah apabila aku cuba untuk jadi ’malaikat’ diantara mereka”. Mungkin adalah balasan daripada Allah kepada orang yang tak sedar diri pada masa silamnya. Dan ini bukanlah kali pertama berhadapan dengan manusia sebegini.

.....
Semua yang berada di bumi Malaysia sudahpun melangkah ke hadapan untuk ROQ The World tahun ini. Banyak improvement yang aku dapat lihat dari bumi anbiya’ ini. Selamat berjuang semua! Aku juga akan berusaha sebaik mungkin di sini, buku kecik ROQ masih ade beberapa dalam fail. Mungkin boleh diterjemahkan ke bahasa arab, dicetak dan diedarkan di bumi Jordan dan Syria. Lukisan Kak Yam pun boleh tiru kot... Hehehe... Tapi rasenye lukisan Kak Yam lagi comel. Kak Yam, boleh ke? Ape-ape pun, akan diusahakan!
Sape-sape yg sudi bagi bantuan mahupun dari segi kewangan atau semangat sangat-sangat dialukan... Hehehe... Yallah syabab ul-islam!!! Al-Quds Yunaadeekum!

Semalam aku ke Irbid, sempadan Jordan-Israel. Kata orang boleh nampak al-Quds dari kawasan Umm Qays, tapi salah info kot... Amat terkilan... Lalu banyak checkpoint je lebih... Jadi hanya merenung tasik at-Tobari yg pernah menjadi rebutan kerajaan Jordan dan Israel dan mengikut riwayat akan menjadi tempat Ya’juj Ma’juj minum air sehingga kering. Tasik at-Tobari kini menjadi sumber air utama Israel dan dikelilingi oleh settlements Yahudi yg sangat tersusun – rumah-rumah, tanaman, saluran air, etc. Terbayang dan tertanya... Masa Islam dah berjaya liberate Palestine nnt,,, nak buang diorang (orang Yahudi) kat mana?

Sebulan dua minggu di bilad asy-syam ini, telahku menziarahi beberapa maqam sahabat dan lokasi-lokasi bersejarah. Antaranya adalah kota pemerintahan Salahuddin al-Ayyubi dan maqam baginda, maqam perawi hadith terkemuka Abu Hurairah, maqam Muadz ibn Jabal (ra), salah seorang sahabat yang sangat Rasulullah cintai dan ulama’ terkemuka semasa zaman kegemilangan Islam dahulu dan ramai lagi. Meremang bulu roma dan berair mata ketika mendengar syarah imam-imam masjid di hampir setiap maqam tentang mereka. Terlalu jauh kedudukanku, terasa diri ini tidak layak meminta tempat di sisi Rasulullah, dan tidak layak mendambakan syurga Ilahi. Ya Allah... Bantulah aku mengharungi kehidupan ini dan kehidupan nanti...

- Nihlah 20052006 1240 -
[Destinasi cinta yang ku cari sebenarnya terlalu hampir. Hanya kabur kerana dosa di dalam hati]

Comments

Popular posts from this blog

Recipe: Air-fried Keropok Lekor

1 - 7 weeks

Happy Teachers Day!