accident

fuh. dah lama tak rasa marah sampai menggigil tangan kaki rasa nak sepak terajang orang. apa lagi hati yg membara.

pagi tadi saya terlanggar kereta orang. tak kemek pun. calar ciput aje, sebelah belakang kanan. tapi mamat tu marah-marah apasal orang suka langgar keter dia. memang bumper belakang dia berbekas langgar few places & plate no dah pecah sikit.

ada event punya pasal, saya bagi phone no kat orang tu. *silap saya lah, tp mmg takde choice sbb takde duit langsung dlm purse*

as expected, mamat tu sms, kata nak cat bumper dia.

pergh. saya rasa calar tu polish aje pun dah ok kot.

tak boleh, cat dah tercabut. saya tak suka tipu orang, pasal hal kecil susah saya nak menjawab di hari kemudian.

macam tu encik cat the whole bumper, sy bayar separuh.

pastu mula la songeh dia sana sini, questioning my integrity for not wanting to take responsibility after hitting his car.

come on, i will pay for my mistake. but my mistake does not even contribute 50% to how his bumper is looking like right now.

pok pek pok pek pasal busy banyak kerja mana sempat nak pegi repair except on saturdays.

takpe lah.

saya akan bayar penuh.

Allah itu Maha Adil. di hari kemudian nanti Dia akan tentukan sama ada cost yg saya akan bayar untuk cat seluruh bumper encik tu cukup utk cover kesilapan saya sebab terlanggar. saya juga dah minta maaf.

kalau terlebih cost yg saya bayar, encik boleh bayar balik kat sana ye? (hehehe ayat ni sy tak guna ye dalam communication)

dan sy minta maaf lagi sekali sbb terpaksa cakap macam ni. saya rasa better kita settlekan hal kecil ni kat dunia aje. saya cadangkan saya bayar separuh cost cat bumper encik, and maybe extra RM50 utk cover "kerugian" kereta encik tersadai di workshop utk 1-2 hari (itu pun disebabkan decision encik utk cat balik, not for any major damage repair).

heh, let's see what will happen.

anyways, it's the first time i bumped into another car ever since i had Myvi nearly 4 years ago. before that, during my P-license days were another horrible story :(



Comments

IQRA SOLUTIONS said…
Salam ukhuwah sempena Ramadhan dapatkan pen pembaca Al-quran dari kami

Popular posts from this blog

Recipe: Air-fried Keropok Lekor

right person at the wrong time

Happy Teachers Day!