Faiting!!!!! La yukallifullahu nafsan illa wus'aha!
Assalamu'alaykum... Saya ingin meminta maaf kerana tidak berjaya meng-update buat satu jangka masa yang agak lama (20 hari sejak 28 Jan terasa amat lama dan memenatkan...), dan tidak akan meng-update blog ini dalam masa terdekat disebabkan longgokan kerja yang amat banyak... Kecuali pada hari ini... Bukan, jangan salah faham, saya tidak menangguhkan kerja-kerja saya sesuka hati, cuma kadang-kala setubuh badan kurniaan dan nikmat dari Allah ni kurang dapat menampung semua kerja dalam satu masa. Huh. Alasan. لاَ يُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا إلاَّ وُسْعَهَا La yukallifullahu nafsan illa wus'aha Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya Mungkin perlu tambah RAM dengan selalu bangun malam menghadap Sang Pencipta, memohon, meminta dan merayu supaya diberikan kesabaran, ketabahan dan kekuatan... Sentiasa berdoa... رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّْلْنَا مَا لاَ طَاقَتَ لَناَ بِهِ Rabbana wa la tuhammilna maa laa thoqota lana bih... Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau...