30 Ogos 2006

HOPE
HOPE HOPE
HOPE HOPE HOPE
HOPE HOPE
HOPE

Otak dan hatiku kini tidak dapat melarikan diri dari kerisauan yang menekan kerana ternyata diri ini tidak berusaha sebanyak yang mungkin untuk menjayakan program ini... Ya Allah,,, tenangkanlah hati ini........ Mudahkanlah jalan ini...............

Hmm... Tidak ada apa-apa yang menarik untuk diceritakan buat masa sekarang...

Merdeka juga tidak menarik perhatianku. Walaubagaimanapun, kita sepatutnya bersyukur kerana negara ini telah merdeka dari penjajahan. Semoga berada di bawah naungan perlindungan Allah swt...

Beberapa rakan-rakan roommates saya yang sering berkunjung ke bilik saya pula asyik membicarakan tentang pertandingan di antara Siti dan Mawi.
Jauh lebih membosankan.
Walaupun tidaklah rancak mana...

"Great minds talk about ideas, average minds talk about events, SMALL MINDS TALK ABOUT PEOPLE".

Well, I can't blame them for making these celebrities an issue, and I'm not saying that they have small minds- uh-uhh... Saya cuma tidak puas hati kenapa tidak ada topik yang lebih baik dan lebih menarik untuk dibicarakan? Setiap kali, saya akan mengikut rentak perbualan mereka buat seketika, dan kemudiannya bersuara sambil menjatuhkan kepala di atas bantal tanda mengantuk dan tidak berminat: "Mengarut je la korang ni..." dan "Cuba la cakap pasal mende lain ke..."
Hehee...

Oh. Ada banyak cerita menarik sebenarnya. Cuma tadi berada di gear satu yang nasib baik tak termati... ^_^
Dan sesiapa yang tidak berminat untuk terus membaca entry ini, anda boleh proceed ke posting
HOPE: Palestine Revisited
Terima Kasih.

Hari ini 30 Ogos, sehari sebelum hari kemerdekaan tanah airku Malaysia, juga hari lahir abangku Isa. Dan 3 hari lepas, 27 Ogos adalah hari lahir adikku Atiqah yang kini sedang menuntut di Yemen bersama dua orang rakanku yang lain. 21 Ogos yang lepas adalah Hari Memperingati Al-Quds, juga adalah hari lahir adikku Basma.

Dan saya teringat, tahniah kepada Atiqah kerana berjaya dalam peperiksaan CAT. CAT stands for Certified Accountain Technician if I'm not mistaken. And it's the foundation course for ACCA - ermm... malangnya saya terlupa nama sebenar yang agak panjang - ACCA - hmm...
Saya perlu lebih berusaha dalam pembelajaran. Sila selalu ingatkan saya...!!!
p/s: kata-kata semangat yang dibuat beberapa minggu lepas hanya berjaya mendorong saya untuk bangun dari tidur, tetapi tidak berjaya menghentikan saya dari tidur berlebihan.

Hmm.......
Dan
saya sangat berharap saya dapat ke Ipoh sekarang.
Namun segalanya tidak membenarkan, termasuklah sebab dan alasan kenapa saya hendak ke sana.

Comments

Maryam said…
bahasa awak ok je... rasa takcukup, nanti improve kat main camp... nanti ada subject Bahasa Melayu. :D

Popular posts from this blog

Recipe: Air-fried Keropok Lekor

right person at the wrong time

Happy Teachers Day!